Akaun kembaramahsyar.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

KOMBO TERAKHIR

Semua orang akan mati. Sama ada saya ataupun anda semua pasti akan meninggalkan dunia yang sementara ini menuju ke negeri yang kekal abadi. Suatu destinasi yang kita akan diami untuk selama-lamanya. Ya, selama-lamanya! Namun, pernah tak kita tahu selepas kita mati nanti, apa yang akan kita lalui dan tempuhi sebelum kita sampai ke Titian Sirat yang akan menjadi penentuan sama ada kita masuk ke Syurga ataupun terjatuh ke dalam Neraka.


Sepanjang saya berkongsi tentang Kembara Mahsyar ini, ramai yang tersedar akan betapa jauhnya lagi perjalanan mereka selepas mati nanti. Betapa lamanya perjalanan yang akan mereka tempuhi. Betapa dahsyatnya keadaan di sana nanti. Buku Kembara Mahsyar ini sebuah buku yang lain daripada yang lain. Ianya digarap seperti sebuah novel. Diinspirasikan daripada kitab At-Tawahhum yang dikarang oleh Imam Harith Al-Muhasibi.


Mereka yang membacanya akan merasai seperti seolah-olah mereka sendiri yang sedang mengembara ke setiap satu alam-alam yang  pernah kita lalui dahulu dan yang akan kita tempuhi selepas kita mati nanti. Kenapa pentingnya untuk kita tahu tentang Kembara Mahsyar ini? Agar kita dapat mengetahui setiap satu alam yang kita akan lalui nanti serta untuk kita dapat dapatkan gambaran bagaimanakan keadaan kita di sana nanti.


Antara sebab kenapa Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahsiakan saat kematian dan Hari Kiamat kepada kita ialah supaya kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun, tidak kira masa dan di mana. Bersedia dalam keadaan apa sahaja. Bersedia dalam keadaan kita belajar, bekerja, beribadah mahupun duduk sahaja. 


Kita mengetahui tentang Kembara Mahsyar ini bukan untuk kita bertambah takut, tetapi untuk menjadikan kita bertambah taqwa.


Buku Kembara Mahsyar ini adalah sebuah buku yang penting dan perlu dimiliki. Ianya diringkaskan daripada buku Kembara Mahsyar yang telah memenangi Anugerah Buku Negara (Buku Umum Terbaik Kategori Agama).


Dapatkan sekarang dengan harga istimewa sempena promosi Kembara Raya ini!


*NOTA*


Box Of Mahsyar ini hanya berbaki 30 set sahaja.